"Long Live The Queen!" - Noh Salleh Dedikasi Ucapan Buat Hari Lahir Isteri

Asraf Aided
Julai 1, 2020 05:09 MYT
Penyanyi Noh Salleh mendedikasikan ucapan sempena hari lahir isterinya, Mizz Nina hari ini.
"Selamat Hari Jadi & Long Live The Queen, I love you," tulis Noh ringkas di Instagram.
Dalam entri yang sama, Noh turut berkongsi foto bersama isteri tercintanya itu.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Noh turut menulis ucapan istimewa buat Mizz Nina, tidak kurang beberapa rakan selebriti.
Antara rakan industri yang turut menulis ucapan adalah Nabila Huda dan Yuna.
Terdahulu, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.
#Mizz Nina #Noh Salleh