Kepada anda yang belum mempunyai rancangan untuk hujung minggu yang panjang kali ini, filem Sangkar akan menjadi pilihan yang tepat untuk anda seisi keluarga!

Sangkar merupakan sebuah filem terbaru arahan Kabir Bhatia yang mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman di Malaysia.

Selain itu, Sangkar juga banyak memaparkan elemen lain seperti persahabatan, kekeluargaan, agama, motivasi dan banyak lagi.

Sangkar juga mengandungi banyak mesej berguna untuk tontonan seisi keluarga.

Berdasarkan tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata penonton yang telah menonton Sangkar benar-benar merasakan bahawa ia adalah sebuah filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.







Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!