Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Look Who's Here In Medina .." - Lufya Omar Terserempak Dengan Izara Aishah Ketika Tunai Umrah

Zulaikha Yusof
15/01/2020 04:40 MYT
Aktres jelita Izara Aishah kini berada di Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid.

Perkongsian itu dibuat oleh pelakon Lufya Omar di Instagram (IG) miliknya selepas terserempak dengan pasangan secocok ini.

"Look who's here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la.

"Masya-Allah cantik preggy mummy ni walau mengandung enam bulan. Nampak macam tak mengandung kan?

"Fya mengandung enam bulan nak masuk pintu pun tak muat. Korang semua agak la anak dia girl ke boy?" tulisnya di sebuah entri.

Menerusi entri terbabit, Lufya berkongsi fotonya bersama Izara yang menggayakan jubah hitam ketika di Madinah.

Look who's here in Medina ❤. Mummy to be @izaraaishahofficial la.. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan. Nampak macam tak mengandung kan?. Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat ? . U ols agak la anak die girl ke boy? #mummytobe #medina #masjidnabawi #holyplace #love #saudiarabia

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on


Rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan di tanah suci berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

Malah, ada segelintir peminat yang mula berteka-teki akan jantina anak yang berada dalam kandungan Izara.

Izara berkahwin dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November 2017.

Baru-baru ini, Izara mengesahkan dia hamil enam bulan.

BACA: Sangkal Dakwaan Mandul, Izara Aishah Kini Hamil 6 Bulan!


#Lufya Omar #Umrah #Izara Aishah
;