"Looks Like You Did Amazing" - Peminat Suka Tonton Hani Fadzil Jadi Pengacara Meletop

Zulaikha Yusof
April 3, 2019 01:18 MYT
Penyampai radio ERA, Hani Fadzil mendedahkan pada mulanya dia beranggapan tawaran untuk berpasangan bersama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad di program Meletop hanya gurau semata.
Hani akui dia tidak percaya apabila diberi peluang untuk menggantikan tempat selebriti terkenal, Neelofa walaupun hanya untuk minggu ini.
"When @meletop contacted me & asked if I was keen to be paired with Nabil tonight, I thought it was a prank.
"Haha sebab tak sangka diberi kepercayaan to sit at @neelofa's place even for just this week.
"Thank you so much team @meletop for trusting and believing in me. This oppurtunity has always been a dream of mine!
"Thanks to Nabil for always being a big brother to me & guiding me throughout the show.
"Mana yang terkurang, terfumble..i truly apologise.
"I will improve myself for the better in sha Allah.
"Thanks semua yang tengok Meletop malamni! Saranghae @meletop," tulisnya.
Hani telah memuat naik gambarnya ketika mengacarakan program itu dan menerima pelbagai respon positif dari netizen.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa Hani mempunyai bakat untuk mengacara dan berjaya menjalankan tugasan itu dengan baik.
Sekadar info, Hani merupakan penyampai Johara 30 ERA yang bersiaran jam 1 hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
#Penyampai radio #Hani Fadzil