Hiburan
"A Lot Of People Talk Behind My Back, Tell Other People I'm A Bad Mom..." - Luahan Nabila Huda Sebagai Seorang Ibu
Aktres Nabila Huda berkongsi perjalanan hidupnya sepanjang membesarkan anak perempuannya, Keisha Laila sempena hari lahirnya yang jatuh sama hari dengan Hari Ibu.
Menurut Nabila, ramai yang tidak percaya dia boleh menjadi ibu yang terbaik buat anaknya, malah bercakap buruk tentangnya.
Pun begitu, dia tidak mempedulinyanya kerana Keisha sentiasa berada disisinya bukan sahaja sebagai anak malah seperti kawan karibnya.
"Bila tengok semua gambar ni, semua perasaan ada, sebak, happy, sedih..
"Too many things and memories yang kita go through bersama. We traveled, we cried, we laughed, mummy breakdown keisha sentiasa ada you're my shoulder to cry.
"You're the strongest girl that I ever met in my life! You reminds me of myself when I was young bila mummy go through hard times pada usia yang muda.
"I'm not a perfect mom. A lot of people talk behind my back, tell other people I'm a bad mom, I can't raise you properly, bad influence mom, rosakkan hidup anak.
"Yup it hurts ..but you know me better than others! You never judme me at all. You never judge my past.
"Thank you for being in my life. You've changed my life. You've changed me to a better person. You make me happy.
"Keisha buat mummy jadi lebih matang. You're my bestfriend. I can't imagine life without you.
"But mummy dah bersedia kalau keisha hilang dalam hidup mummy because I know, one day, you'll leave me because you wanna chase your dream," tulisnya.
Tambah pelakon filem Munafik ini, kadang-kadang dia merasakan dirinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu disebabkan karier.
Namun begitu, dia bertuah kerana Keisha seorang yang memahami tanpa perlu diterangkan.
"Mungkin cara mummy besarkan keisha beza tak macam mak orang lain. Sometimes mummy rasa failed as a mom because of my career.
"Less time at home, banyak mummy sacrifice untuk career mummy. Especially time with family.
"That’s the hardest part sampai they thought that I don’t care about them. Only you understand how much I love my career!
"I’m lucky because you faham. I don’t have to explain, but you always said, “it’s okay mummy work untuk bayar my school fees, bagi keisha makan, buy me clothes, buy any keperluan keisha.
"Keisha faham mummy..mummy jaga diri je okay..ada time mummy rest.
"Ishh tak ke aku melalak bila anak aku cakap macam tu. I always told her, walaupun your parents dah separated, kite kena teruskan hidup, don’t blame anyone dan sentiasa memaafkan whoever yang menyakiti hati keisha and move on..
"Think about yourself and your future. Mummy akan selalu ada untuk keisha. Hidup dan mati mummy hanya untuk keisha.
"I’ll do anything that makes you happy..Takde siapa yang boleh pisahkan kite.
"No matter what happen, we need to stick together okay! No secret, no lies between us.
"I love you so much..Happy birthday my daughter @lilkupukupu and happy Mother’s Day to me!" tulisnya lagi.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak, Keisha Laila, 9 tahun.