Antarabangsa

Lotus C-01 sedang mencari pemilik baru, hanya 100 unit yang pernah dibina!

gempak
Erywan
22/07/2019
00:34 MYT
Sponsor Banner
Lotus C-01 sedang mencari pemilik baru, hanya 100 unit yang pernah dibina!
Ini adalah sebuah jentera dua roda Lotus C-01 dan salah satu daripada 100 unit pernah dibina.
Motosikal itu pernah menarik minat banyak pihak semasa ia dipertontonkan dalam bentuk tiga dimensi komputer pada tahun 2013.
Apa yang uniknya, Lotus belum pernah ada kaitan dengan sesebuah motosikal sebelum ini. Semua orang tahu, Lotus itu ada empat roda dan jenama kereta sport yang pernah dimiliki Proton.
Badan motosikal itu kelihatan radikal yang sebenarnya ada kaitan dengan kejayaan kereta F1 Lotus sekitar tahun 1960-an.
Konsep komputer asal jentera berkenaan adalah buah tangan bekas pereka Bugatti, iaitu Daniel Simon.
Daniel adalah pereka sama yang mencipta motosikal Lightcycle dalam filem fantasi Tron Legacy. Hasil kerjanya menjadi produk nyata pada tahun 2014.
Model konsep asal untuk monokok gentian karbon digantikan dengan kerangka tiub trelis. Casis itu dibina oleh Kalex, yang merupakan sebahagian daripada pemilikan syarikat Holzer Group, yang membuat perjanjian dengan Lotus untuk lesen menggunakan namanya bagi sebuah motosikal.
Lengan ayun jentera itu diperbuat menggunakan aluminium dengan kemampuan penuh casis menampung hamburan kuasa 200hp.
Lotus C-01 sebenarnya direka untuk dua kali kuasa itu dan ia meminjam enjin KTM 1195cc/175 HP V-twin daripada superbike RC8R. Kotak gearnya adalah enam kelajuan.
Komponen yang disarung pada jentera ini adalah kelas termaju dengan sistem brek perlumbaan Brembo 320 milimeter, sistem suspensi belakang berkembar Ohlins, fork USD Sachs dan pelindung gentian karbon untuk 12 bahagian.
Rim hadapan adalah 19 inci manakala belakang membabitkan ukuran 17 inci yang dibina oleh sebuah syarikat pakar Afrika Selatan iaitu BST. Kedua-duanya adalah dihasilkan dengan gentian karbon.
Model ini adalah buatan tahun 2014 dan adalah satu daripada dua unit yang berada di Amerika Utara.
Unit ini akan dilelong oleh firma Mecum di acara Mecum Monterey 2019 bermula 15 hingga 17 Ogos ini.
Sumber: Mecum
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024