Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Louis Vuitton Hasilkan Pelindung Muka Bergaya! Ini Harganya...

Asraf Aided 14/09/2020 | 07:34 MYT
Jenama fesyen mewah antrabangsa, Louis Vuitton akan menjual pelindung muka plastik (face shield) rekaan mereka tidak lama lagi.
Memetik laporan Forbes, pelindung muka itu akan disertakan dengan corak monogram LV yang terkenal serta butiran (stud) berwarna emas.
Diafahamkan, pelindung muka tersebut direka sebegitu untuk menjadikan alatan pelindung diri kelihatan lebih bergaya dengan sentuhan fesyen yang menarik.
Ia juga merupakan sebahagian daripada koleksi Louis Vuitton Cruise Collection 2021.
Pelindung muka itu juga boleh digerakkan keatas untuk dijadikan topi dan warna plastik jernih itu akan menjadi sedikit gelap di bawah sinaran matahari.
Pelindung muka Louis Vuitton akan mula berada di pasaran bermula 30 Oktober 2020 dengan harga sekitar RM3,986 setiap satu.
Sumber & Kredit Foto : forbes.com
#Face Shield #Louis Vuitton #Pelindung Muka
;