Sejajar dengan janji Astro untuk memberikan pengalaman tontonan baharu yang mudah dan lancar kepada pelanggan, Astro berbesar hati memperkenalkan kemas kini baharu untuk Ultra & Ulti Box dan Astro GO termasuk Profil Multipengguna, paparan lakaran kecil, peningkatan carian dan keupayaan untuk melancar rancangan Netflix di Home Screen Astro.

Astro kini membenarkan sehingga lima profil berbeza untuk satu isi rumah, membenarkan pengesyoran kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik, pilihan dan tabiat tontonan setiap pengguna.

Daripada menunjukkan kandungan untuk seluruh isi rumah, setiap individu kini boleh mempunyai senarai Teruskan Menonton mereka sendiri, mencipta Senarai Watchlist Peribadi, Menandai Saluran Kegemaran mereka, memilih Watak Avatar yang dihukai daripada rancangan kegemaran mereka seperti House of the Dragon, The Masked Singer Malaysia, Hua Hee Sekolah dan banyak lagi!

Ini memberikan fleksibiliti yang sangat diperlukan untuk sesebuah isi rumah di mana cita rasa berbeza-beza secara meluas. Pengguna juga dibenarkan menukar profil mereka seberapa banyak yang mereka mahukan.

Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, kanak-kanak kini boleh menerokai program kegemaran mereka termasuk Didi & Friends, Upin & Ipin serta Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih dipertingkatkan, Astro juga telah memperkenalkan kemas kini yang lain termasuk:

1.Paparan Lakaran Kecil

Penonton kini boleh mencari lokasi playback On Demand dengan lebih mudah dengan melihat pratonton adegan melalui lakaran kecil di progress bar sebelum memutuskan untuk memulakan playback video pada adegan yang tepat.


2.Peningkatan Carian

Hasil carian dipaparkan semula serta-merta pada setiap entri kata kunci dalam bar carian dan pengguna kini boleh menyemak imbas hasil carian dengan serta-merta tanpa beralih ke skrin baharu.

Selain itu, kandungan On Demand yang popular disyorkan sebelum sebarang entri kata kunci dan pengguna juga boleh menggunakan carian menerusi suara di Astro GO jika mereka mahu.

3.Lancarkan rancangan Netflix di Home Screen Astro

Pelanggan boleh melancar rancangan Netflix yang tertentu terus selepas menekan pada poster mereka di Home Screen Astro, sekali gus membolehkan pengalaman tontonan yang lebih lancar.

Ciri-ciri ini telah mula dilancarkan kepada pelanggan-pelanggan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pelanggan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini ini, sila klik di sini.