Artis Korea

“Love! Tak Lengkap Kalau Tak Ada Watak Dia” – Ini Dia Pelakon Malaysia Dalam Train To Busan: Peninsular

Mya Amri
17/07/2020
08:44 MYT
Pelakon Bella Rahim tular selepas menjadi satu-satunya pelakon teater Malaysia yang terlibat dalam sekuel filem terkenal Train To Busan berjudul Peninsula.
Kemunculan Bella yang membintangi filem itu ternyata memberikan memori manis dan menjadi kebanggaan penonton di Malaysia.
Lebih-lebih lagi apabila memainkan watak penting dalam Peninsula. Bak kata orang tak lengkaplah kalau tiada wataknya dalam filem tersebut.
Sebaik sahaja Peninsula memulakan tayangannya sejak 15 Julai, Bella mula menjadi perbualan hangat di media sosial selepas hadir ke majlis tayangan filem itu.
Rata-ratanya menyuarakan rasa terkejut dan bangga melihat anak Malaysia berjaya memasuki filem antarabangsa yang sememangnya terkenal sejak kejayaan filem pertamanya lagi.
Malah pelakon Hairul Azreen juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Bella menerusi perkongsian di Insta Story miliknya baru-baru ini.
“Inilah pelakon Malaysia yang yang berlakon dalam Peninsula! Tahniah,” tulisnya.
Terdahulu, Train To Busan: Peninsula dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won.
Sebelum ini filem pertama Train To Busan yang dikeluarkan pada tahun 2016 cemerlang dengan kutipan berjumlah USD 87 juta (RM359 juta).
Pencapaian hebat itu bukan sahaja tercatat di Korea Selatan malah menjadi filem pecah panggung seluruh dunia.
Topic Berkaitan
Laman Utama

Love In Lockdown Papar Kisah Pahit & Getir Barisan Hadapan Ketika Pandemik

gempak
16/02/2022
05:50 MYT
Kena tonton ni