Love You - Suami Terharu Abby Abadi Beri Kejutan Tengah Malam Hadiahkan Sebuah Scooter Unik

Mya Amri
Ogos 10, 2017 02:52 MYT
Suami kepada bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria akui terkejut apabila isterinya membuat kejutan untuk ulang tahun kelahirannya yang ke- 43.
Kata Faizal atau lebih mesra disapa Jai ini, dia begitu terharu kerana isterinya turut menyediakan hadiah hari jadi berupa sebuah scooter unik.
Perkara itu dikongsi oleh Jai menerusi entri terbaru diakaun Instagram (IG)nya malam tadi.
“Terima Kasih Sayang @abby_abadi112 tak sangka langsung nak bagi hadiah ni. Terharu sangat-sangat. Tak terkata terkata.
“Terima Kasih, Moga Allah berkati dan rahmati hidup sayang dunia akhirat. Love You,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, juga turut berkongsi momen-momen indah itu menerusi IGnya.
“Kejutan untuk Suami, 10 August 2017. Alhamdullillah, berjaya juga walaupun plan ala-ala manja. Sambut pun dekat rumah sahaja.
“Berjaya buat suami gembira dan merah mata dia. Yeayyyyyyy!!!! Hehe,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sambutan hari jadi pasangan t
tersebut.
Teks oleh: Mya Amri
#Abby Abadi #Ulang tahun