Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Lovelah Datuk, Macam M. Daud Kilau” - Fuh Ramai Terpukau Fazley Bergelek! Persediaan Untuk Konsert GV8 Ahad Ini Ke?

Hanafis Haris 03/12/2021 | 03:33 MYT

Bintang Gegar Vaganza kelapan (GV8) Datuk Fazley Yakoob mencuri tumpuan ramai apabila tampil bergelek.

Aksi ligat itu dikongsi Fazley menerusi satu hantaran di Instagramnya, semalam.

Menurut Fazley, disebabkan dia telah menerima tugasan untuk membawa lagu dangdut, maka dia cuba untuk menyanyi sambil bergelek.

“Minggu ini, saya dapat lagu dangdut Yang Sedang Sedang Saja nyanyian Iwan untuk Gegar Vaganza 8, minggu ke-3.

“Saya first time akan cuba untuk nyanyi sambil bergelek ni.

“Ya Allah, siap ambil kelas gelek tau hari ni , macam nak tercabut rasanya pinggul,” katanya.

Jelasnya, dia akan sedaya upaya memberikan persembahan yang lebih bagus dari minggu lalu.

“Saya tak sure sama ada sama lebih risau nak nyanyi lenggok dangdut atau bergelek dangdut sebenarnya!!!

“Ada tips tak untuk berdangdut ni? Share please,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen memberi cadangan supaya Fazley belajar daripada tarian bollywood.

Malah, tidak kurang juga yang meminta Fazley belajar bergelek daripada raja gelek, Datuk M. Daud Kilau.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

#Viral #Fazley #Mdaudkilau
;