Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lovenya! Bangunan Dan Menara Di Riyadh, Arab Saudi Bertukar Ungu Sambut Kedatangan BTS

Mya Amri
10/10/2019 15:47 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS telah selamat tiba di Arab Saudi petang tadi.

Kedatangan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak mudah berbakat iaitu Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook itu disambut meriah oleh negara tersebut.

Istimewanya lagi, lampu bangunan dan menara Kindom Centre di ibu negeri Arab Saudi itu telah bertukar kepada warna ungu sebagai tanda menyambut kehadiran BTS.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perkara itu juga turut mendapat perhatian Army Saudi (peminat) yang kagum dan terharu dengan kejadian itu.

Menerusi tinjaun di media sosial, rata-rata mereka meluahkan rasa berterima kasih kerana menyambut kehadiran idola kesayangan mereka dengan berbesar hati.

Terdahulu, warna ungu boleh diibaratkan sebagai warna rasmi BTS selepas V menggunakan ayat ‘I purple you’ sebagai tanda sayang kepada Army yang membawa maksud ‘I love you’.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BTS hadir ke negara berkenaan untuk mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ yang dijadualkan berlangsung di Stadium King Fahd pada 11 Oktober ini.

Selepas Riyadh, BTS akan meneruskan siri jelajah yang terakhir untuk tema ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ di Korea pada 26, 27 dan 28 Oktober depan.
#BTS #Artis Korea
;