Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lovenya! Konsert Istimewa FYP MeleTOP Bakal Temui Peminat 4 Julai Ini! Siap Ada Khai Bahar & Dayang Nurfaizah

Mya Amri
30/06/2023 04:27 MYT
Konsert istimewa FYP MeleTOP bakal menemui peminat buat juling kalinya pada Selasa ini.

Istimewanya lagi, bukan sahaja Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana, konsert FYP MeleTOP ini juga turut menampilkan Elly Mazlein serta Namie.

Dijadualkan bermula pada jam 9 malam, konsert ini juga turut membawa nama-nama besar iaitu Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah, Hazama, Defam dan Khai bahar sebagai tetamu jemputan.

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Selain itu, FYP MeleTOP juga turut menampilkan finalis Big Stage, Luqman Podolski dan Seixse.

Lebih havoc lagi, konsert yang bersiaran langsung ini terbuka kepada orang ramai. Love kan!

Untuk menghadiri konsert ini, anda hanya perlu mendaftar di pautan bio Instragram MeleTOP di https://forms.gle/1LncSkFTcm6d4tq16 bermula sekarang.

Jangan lupa ya, konsert ini berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 4 Julai ini.

Konsert FYP MeleTOP juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan ut untuk pilihan yang fleksibel, boleh distrim di Astro Go.

#Konsert #Meletop #Konsert FYP MeleTOP