Aplikasi penstriman hiburan tempatan, sooka akan mengadakan acara Meet The Brand New Sooka pada Sabtu.

Pelbagai aktiviti menarik untuk dirasai di Festival Gaya Hidup Xmas SYOK Pingmin yang dibawakan oleh sooka ini.

Terdapat lebih 90 booth dengan pelbagai budaya budaya, kreativiti dan juga kawasan kraftangan DIY.

Sudah pasti aktivi yang paling dinantikan ramai adalah sesi ramah mesra bersama dengan bekas pemain bola sepak lagenda Manchester United iaitu Steve Bruce.

Istimewanya lagi, bersempena dengan sooka baharu ini juga, rakyat Malaysia boleh menikmati akses percuma ke semua saluran sukan yang bersiaran secara langsung di Sooka pada 2 dan 3 Disember 2023.

Selain itu, pengunjung juga boleh menebus secara free trial selama 7 hari apabila melawat booth sooka di acara berkenaan.

Jadi jangan lupa hadir ke The Piazza, Pavillion Bukit Jalil esok iaitu 2 Disember, jam 6 petang untuk bertemu Steve dan merasai sendiri pengalaman menarik di acara sooka.