Low Class, Memalukan Malaysia Saja – Netizen Bidas Datuk Aliff Syukri Makan Tepi Jalan

Fiza Kamarudin
Julai 29, 2017 02:18 MYT
Semalam, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video dia dan ahli keluarganya yang terpaksa makan di tepi jalan selepas di halau dari sebuah restoran di Switzerland.
Pada entri tersebut, Alif Syukri memberitahu dia membawa bekal ke restoran untuk tumpang makan, namun telah dihalau menyebabkan dia serta keluarga terpaksa makan di tepi jalan.

Rata-rata netizen yang menonton video ini berpendapat Aliff Syukri sengaja mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia penah dikecam kerana isu sama.

Ada juga menganggap Aliff Syukri mempunyai mentaliti ‘low class’ dan perbuatannya makan di tepi jalan memalukan nama Malaysia.
Selain itu, posting tersebut turut menarik perhatian Datuk Chef Wan yang turut tidak bersetuju dengan cara pengasas kosmetik tersebut.

Chef Wan turut mempertikaikan mengapa Aliff Syukri perlu makan di tepi jalan sedangkan di Switzerland terdapat banyak tempat rekreasi menarik yang boleh dituju.

Tambah Chf Wan lagi, sebagai orang berduit Alif tidak sepatutnya berkelakuan demikian dan meminta dia menjaga imej rakyat Malaysia di luar negara.

#Viral #Viral #Datuk Alif Syukri