Laman Utama

LRT Rosak, Ribuan Penumpang Terkandas; “Nak Balik Macam Mana? Esok Nak Pergi Kerja?”

gempak
Shahrin Zulkifle
08/11/2022
13:25 MYT
Sponsor Banner
LRT Rosak, Ribuan Penumpang Terkandas; “Nak Balik Macam Mana? Esok Nak Pergi Kerja?”
Ribuan penumpang mulai cemas selepas Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen LRT KLCC pada petang Selasa.
Menurut kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel, memaklumkan masalah yang bermula sejak malam Isnin menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen Kelana Jaya dengan Stesen KLCC.
"Jurutera kami sedang berusaha mengenal pasti masalah ini. Bagi mendapatkan status perkhidmatan terkini, sila ikuti media sosial Rapid KL," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, beberapa video menyaksikan penumpang pengangkutan awam berkenaan terkandas turut dikongsi orang ramai di seluruh platform media sosial.
Tidak hanya itu, tanda pagar #LrtRosak turut menjadi trending di laman sosial Twitter.
Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kurang senang dan mengeluh terhadap insiden tersebut.
*screenshoot
Sementara itu, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari stesen-stesen berikut:
LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni:
1) WUX5708
2) WVA2977
3) WVE5821
LRT Pasar Seni ke LRT Lembah Subang:
1) WVC3807
LRT Damai ke LRT Masjid Jamek:
1) VAF5434
2) VAF5461
3) VAE7196
4) VAF7116
LRT Masjid Jamek ke LRT Damai:
1) W2675T
Sumber - Berita Harian, Twitter, Instagram
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live