Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

LTdL & KLSCM 2024: Ini Jalan Sekitar KL Yang Bakal Ditutup Secara Berfasa Mulai Hari Ini

Gempak
03/10/2024 08:55 MYT
Untuk pengetahuan semua, acara Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2024 dan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024 di pusat bandar akan dianjurkan tidak lama lagi.


Sebagai info, Le Tour de Langkawi yang merupakan acara lumba basikal kembali pada tahun ini dengan tagline ‘Beat the Heat’. Trek atau laluan acara tersebut juga akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.


Manakala Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2024 adalah acara larian yang turut tersedia dengan pelbagai kategori.


Susulan itu, beberapa laluan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat pada 3 Oktober dan 5 sehingga 6 Oktober ini.


Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sejumlah 535 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang kedua-dua program berkenaan berlangsung.


Tambah Rusdi, pusat bandar Kuala Lumpur merupakan laluan bagi Le Tour De Langkawi peringkat kelima pada Khamis ini. Perlepasan peserta bermula jam 11 pagi di Menara Berkembar KLCC, Jalan Ampang.


Perlumbaan ini melalui jalan utama seperti Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang (ke arah MRR2).


Oleh itu, penutupan jalan akan bermula pada hari sama jam 10 pagi dan dibuka semula secara berperingkat.
[3 Oktober] Penutupan jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau Bilik Gerakan JSPT Kuala Lumpur 03-2071 9999 atau layari laman Facebook JSPTKL atau mana-mana balai polis berhampiran.

Bagi program larian bertaraf antarabangsa Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024 pada 5 dan 6 Oktober pula, ia akan melibatkan seramai 45,000 peserta. Rusdi berkata, pelepasan peserta pada hujung minggu ini adalah mengikut kategori.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat penutupan penuh secara berperingkat bermula 5 pagi sehingga 12 tengah hari pada Sabtu.


[5 Oktober] Jalan yang terlibat adalah:

Pada hari Ahad pula, penutupan jalan akan bermula 3 pagi sehingga 12 tengahari.
[6 Oktober] Penutupan jalan pada hari berikutnya adalah seperti berikut:

Sumber: The Rakyat Post

#KLSCM #Jalan #Jalan Tutup #2024 #LTdL
;