Pelakon dan penyanyi Alif Aziz membuka tirai 2020 dengan menambah koleksi kontroversi peribadi, apabila sepotong videonya berkelakuan tidak senonoh tular di laman sosial Facebook (FB).

Video berdurasi 1 minit 30 saat tersebut memaparkan Aliff sedang bertengkar dengan seseorang di tempat awam.

Selain mengeluarkan kata-kata kesat Aliff dilihat turut melemparkan kerusi plastik kepada individu tersebut dalam keadaan marah.

Lebih mengaibkan apabila Aliff turut menjerit dan menyebut nama individu dikenali sebagai Jiq.
“Hey Jiq! Lu hisap my d*ck… Lu Panggil lu punya boss!”, katanya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar sebuah restoran di Singapura.

Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata komen menyalahkan individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut kerana di penghujung rakaman, Aliff telah memberi amaran supaya aksinya tidak dirakam.

“Tak kisah la apa…Tapi yang merakam ni sejeni pengecut la juga. Pengecut talam dua muka! Kawan makan kawan pun ya juga.

“Hati-hati dalam berkawan, jangan dapat kawan yang macam ni, depan baik tapi belakang ditelanjangkan kita dengan penuh aib,” tulis seorang pengguna FB dikenali sebagai LemangBakar Sis Nur.

Di bawah merupakan video dirakam pada hari kejadian yang telah dikongsi oleh FB Official_Fidz dan telah menerima lebih 500 komen dengan 1.6 ribu perkongsian sehingga artikel ini ditulis.