Laman Utama

Luah Perasaan Mencari Cinta Di TikTok, Peminat Volunteer Nak Jadi Isteri Luqman Faiz - “Saya Ada Je Ni Tengah Masak Air”

Izwan Isa
22/11/2021
06:50 MYT
Pada 19 November lalu, penyanyi popular Haqiem Rusli selamat mendirikan rumah tangga dengan belahan jiwanya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Menerusi acara nikah serba sederhana itu, penyanyi Luqman Faiz iaitu sahabat baik kepada Haqiem turut dilihat hadir ke majlis berkenaan. Gembira dan terharu dengan status sahabatnya yang kini sudah bergelar suami, penyanyi lagu Kepuraanmu itu dilihat menitiskan air masa ketika majlis sedang berlangsung.
Rakaman Luqman menahan sebak itu turut dimuat naik di laman TikToknya.
Pada ruangan kapsyen, Luqman secara ringkas menulis: “Sahabat dah nikah, saya masih mencari,” ungkapnya sambil meletakkan emoji sedih.
@luqmnnfaiz
Sahabat dah nikah, saya masih mencari ? ##haqiemsofea ##fyp♬ original sound - Luqman Faiz Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi enam saat tersebut menerima lebih 2,000 komen dan lebih 175,000 tanda suka. Menariknya, pelbagai komen lucu yang ditinggalkan oleh peminat.
Rata-rata yang meninggalkan kome dilihat volunteer ingin menjadi suri hati dalam hidup Luqman.
“Nanti adalah jodoh tu, entah-entah saya, tiber…” tulis seorang pengikut.
“Awak cari saya? Saya ada je ni tengah masak air hehe…” komen seorang lagi netizen dalam nada gurauan.
“Awak sabar kejap yer saya sedang menghafal surah hafazan untuk UTQH SPM,” tulis seorang lagi peminat.
Pada Januari 2020, Luqman, 21 mengakui telah memutuskan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya. Selain banyak menghabiskan masa di gimnasium, Luqman turut mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah.
Bagaimanapun, menurut Luqman, dia dan bekas kekasih masih lagi berhubungan baik memandangkan ketika itu mereka sama-sama membangunkan bisnes tudung Daunshawl.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

gempak
14/07/2024
00:55 MYT
Pelakon dan penyanyi sensasi Nonny Nadirah tampil berkongsi luahan hatinya yang mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menerimanya kerana Allah.
Viral

Pasangan Pengantin Ini Pilih Untuk Nikah Pukul 4 Pagi

gempak
10/07/2024
06:55 MYT
Tindakan sepasang pengantin baharu di Kudus, wilayah Jawa Tengah yang melangsungkan pernikahan pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) semalam berjaya mendapat perhatian ramai.
Viral

Punah Hati Bapa Ini Bila Anak Berusia Belasan Tahun Dinikahi Senyap-Senyap Oleh Guru Sekolah Pondok

gempak
07/07/2024
04:55 MYT
Hati bapa mana yang tidak retak apabila mendapati anak gadisnya dikhabar bernikah dengan guru sekolah pondok, tempat anaknya itu menuntut ilmu.
Hiburan

Tak Pernah Bercinta, Redza Rosli Terus Ajak Bella Hanna Beli Cincin & Melamar - “Waktu Itulah Kami Meluahkan Perasaan…”

gempak
22/06/2024
01:38 MYT
Tidak pernah menjalinkan hubungan cinta, pelakon Redza Rosli mendedahkan dia tergerak hati untuk melamar aktres Bella Hanna sebagai isterinya ketika mereka keluar makan dua bulan lalu.
Viral

China Adakan Acara Untuk Kucing Cari Jodoh

gempak
20/06/2024
10:30 MYT
Acara mencari jodoh untuk haiwan peliharaan menjadi trend di China sebagai salah satu cara golongan muda bujang melepaskan tekanan untuk berkahwin.