Hiburan

Luah Rasa Risau Babak Tunggang Kuda, Fazura Nafi Berbadan Dua - “Saya Berdoa Setiap Hari Semoga Tak Jatuh”

gempak
Mya Amri
03/01/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Luah Rasa Risau Babak Tunggang Kuda, Fazura Nafi Berbadan Dua - “Saya Berdoa Setiap Hari Semoga Tak Jatuh”
Pelakon Fazura akui gementar melakonkan babak menunggang kuda dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah kerana bimbang berlaku kecederaan yang memudaratkan.
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, paling menakutkan sekiranya kecederaan itu dikhuatiri menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.
“Memang saya berdoa setiap hari semoga tidak jatuh apabila menunggang kuda sebab saya risau, tak mahu saluran peranakan terjejas dan tak dapat nak menimang cahaya mata lagi.
“Alhamdulillah, saya pernah belajar menunggang kuda ketika masih kecil, cuma saya hanya perlu biasakan balik.
“Untuk adik-adik yang jatuh ketika menunggang kuda di set penggambaran juga buat saya risau, saya akan pergi terus kepadanya dan bertanya sama ada mereka okay atau tidak,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bertempat di GSC, IOI Putrajaya pada Selasa.
Ditanya sama ada pelakon cantik itu sedang hamil susulan meluahkan kerisauannya tentang aksi menunggang kuda, Fazura menafikan perkara itu.
“Saya tidak hamil, saya hanya risau mengenai peranakan. Buat masa ini memang tiada berita mengenai kehamilan yang ingin dikongsi.
“Sejujurnya saya dan Fattah mengambil langkah membuat perancangan keluarga kerana kesibukkan kami.
“Lagipun kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani. Kalau boleh tak naklah hamil dalam keadaan masih bekerja.
“Saya tahu badan saya macam mana. Semasa mengandung dulu saya pernah terlantar atas katil selama tiga bulan.
“Saya percaya, sebagai seorang yang bertanggungjawab ini adalah antara langkah langkah yang perlu diambil untuk diri saya dan juga kerjaya.
“Jadi saya boleh berikan komitmen sepenuhnya terhadap kerja,” jelasnya.
Menerusi filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ini, Fazura memegang watak sebagai serikandi bernama Sayang.
Selain Fazura, nama-nama besar lain turut terlibat membintangi filem ini adalah Fattah Amin, Nadhir Nassar, Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Filem prekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menelan kos pembikinan sebanyak RM15 juta ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 11 Januari.
Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024