Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Luangkan Masa 1 Jam Bergelap” - Earth Hour Muncul Lagi! Dah Ready Ke Bakar Lilin?

Hanafis Haris
25/03/2022 06:20 MYT

Bagaikan ‘festival’ wajib setiap tahun, acara menutup lampu atau ‘Earth Hour’ kini muncul lagi dengan edisi 2022.

Berlangsung pada 26 Mac (esok) dari jam8 .30 malam hingga 9.30 malam, penduduk di serata dunia akan bersatu hati meraikan Earth Hour 2022 dengan menutup lampu selama sejam.

Pada yang tidak tahuy, gerakan Earth Hour dimulakan oleh WWF (Tabung Alam Sedunia) pada 2007 untuk mendorong individu, masyarakat, perniagaan dan organisasi untuk mengambil tindakan nyata demi alam sekitar.

Pada hari ini, acara menutup lampu simbolik ini telah diperluas untuk merangkumi isu kemerosotan alam sekitar yang mendesak dan kesannya terhadap kesihatan manusia.

Susulan itu, atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, Sun Life Malaysia, sebuah penyedia insurans hayat dan Takaful keluarga, telah berganding bahu dengan Lilin+Co, syarikat pengeluar lilin wangi minimalis dan moden jenama tempatan, untuk menawarkan set koleksi lilin soya yang anggun, bertema ‘One Hour, One World, Our Future’.

Tujuan utamanya pula adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang menutup lampu yang tidak perlu dan pada masa sama membakar lilin.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, pihak komited untuk menerapkan kelestarian dalam segala aspek perniagaan.

“Kami menumpukan usaha kelestarian pada tiga tunggak utama iaitu meningkatkan jaminan kewangan, membina gaya hidup lebih sihat dan menggalakkan pelaburan lestari.

“Pada 2022, kami bercadang menggiatkan usaha membantu pelanggan dan masyarakat kami mengamalkan gaya hidup yang lestari,” katanya.

Jelasnya, kerjasama dengan Lilin+Co bersempena dengan ‘Earth Hour’ 2022 adalah satu daripada pelbagai cara Sun Life Malaysia mendorong lebih ramai orang untuk mengambil langkah-langkah aktif dalam kehidupan harian mereka demi membina masa depan yang lebih lestari dan hijau.

Menerusi kerjasama ini, Sun Life Malaysia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meluangkan masa sejam dalam suasana gelap dan damai sambil ditemani bukan satu, tetapi tiga lilin wangi dengan aroma pilihan istimewa yang menceriakan minda sambil menenangkan hati, dengan sentuhan haruman sitrus dan bunga:

“Dengan mengambil tindakan kecil seperti menutup lampu, kita berharap dapat menghantar isyarat kukuh bahawa kita bersama-sama boleh melakukan lebih lagi untuk melindungi bumi kita,” katanya.