Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Luangkan Masa Bermain Badminton Bersama Keluarga, Aprena Manrose Dah Buka Tudung?

Asyraf Roslan
24/10/2024 10:55 MYT

Pelakon, Aprena Manrose dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika sedang bermain badminton bersama dengan ahli keluarganya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dilihat hanya mengenakan t-shirt lengan pendek dan bandana berwarna putih.

Namun menjengah ke akaun Instagram pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu dia kelihatan cuba menyembunyikan rambutnya dengan sehelai tuala.



Gempak cuba menghubunginya bagi mendapatkan kenyataan namun tiada sebarang jawapan yang diterima daripada anak kepada penyanyi Iwan Syahman setakat ini.

Sebelum ini, Aprena pernah dikecam teruk oleh netizen apabila memuat naik gambar dirinya mengenakan ‘hoodie’ dan topi sehingga menampakkan lehernya.

Aprena juga sebelum ini pernah meminta doa orang ramai untuk mendoakannya agar istiqamah mengenakan hijab selepas mengakui hatinya seakan berbolak-bolak untuk kembali tidak berhijab.

Untuk rekod, Aprena mula berhijrah dan mula berusaha mengenakan tudung pada Ramadan 2021.

#badminton #Buka Tudung #Aprena Manrose
;