Isteri kepada ushawan terkenal Datuk Aliff iaitu Datin Shahida mengejutkan ramai pengikut Instagramnya apabila matanya mengalami 'luka berdarah'.

Namun, siapa sangka rupanya luka pada mata kiri Shahida itu merupakan hasil efek solekan anak perempuan mereka, Qadejah El Zahra, 11.

"Saya sebenarnya melayan je, dia nak tunjuk bakat dia. Aku jadi mangsa testimoni dia.

"Layankan minat pelik anak dara saya @qadejah_terlajaklaris yang bukan-bukan je," katannya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Shahida turut mencuri tumpuan apabila cuba membawa karakter ala pontianak.

Malah, lagu Pulangkan (Misha Omar) yang digunakan dalam video itu menambahkan lagi keseraman solekan tersebut.

Pada masa sama, kebanyakan netizen kagum dengan bakat anak kepada usahawan tersebut.

Mereka berpendapat gaya solekan seperti itu sebenarnya agak susah untuk dihasilkan, apatah lagi ia dilakukan oleh kanak-kanak.

"Berbakat Qadejah, boleh digilap lagi ni"

"Nampak real, untuk kanak-kanak umur Qadejah, ini sebenarnya luar biasa! Seram!".

"Ni bukan minat pelik, ni hebat ni," tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)