Luar Rumah Flat, Dalam Kondo Mewah! Lihat Transformasi Ubahsuai Dalaman Menakjubkan Ini!
Amri Hassan
09/03/2020 08:52 MYT
09/03/2020 08:52 MYT
Kediaman selesa menjamin kebahagiaan isi rumahnya. Pastinya ramai yang mendambakan ruang beristirehat bersama keluarga yang serba indah dan mendamaikan.
Bagi sesetengah individu, aliran tunai menghadkan kreativiti individu tersebut untuk menghias kediaman.
Namun, tidak salah sekiranya anda bijak mencari dan memilih idea untuk menghias kediaman dengan bajet yang menjimatkan.
Pelbagai idea menghias kediaman dikongsikan oleh pengguna di media sosial dari semasa ke semasa mengikut konsep dan citarasa sendiri.
Misalnya, akaun Twitter pereka dalaman @Aizul_Marcello yang banyak memberikan tips serta idea untuk menghias rumah.
Jangan terkejut apabila ada antara kediaman yang dihiasnya menjadi seumpama sebuah kondo mewah walaupun di kawasan flat kos rendah!
Terbaharu, Aizul berkongsi transformasi sebuah rumah apartmen milik pelanggannya yang diubah suai dengan konsep minimalis.
Ruangan yang banyak menggunakan palet warna putih dan diserikan dengan aksesori serta perabot itu kelihatan indah dan menenangkan.
Selain Aizul, pengendali akaun @iambenfirdaus banyak berkongsi transformasi hiasan dalaman rumah di Twitternya.
Jadi, bukanlah menjadi satu kekangan untuk setiap individu memiliki kediaman yang selesa dan cantik untuk didiami.
Bagi yang mungkin bercita-cita untuk mengubahsuai kediaman menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, peluang itu semakin cerah dengan menyertai peraduan Home Makeover Super Malaysia.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membeli produk Super bernilai RM15 ke atas dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah berserta nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada nombor WhatsApp 011-16308793.
Lima hadiah mingguan berupa kelengkapan rumah bernilai RM100,000 menanti pemenang bertuah manakala hadiah utama bakal membawa pulang pakej ubah suai rumah bernilai RM150,000!
Peraduan bermula (bermula) 15 Februari hingga 30 April 2020.
Maklumat lanjut di http://contest.happyhappens.com.my/homemakeover/

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.