Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Luca Tampilkan Keseronokan & Nilai Persahabatan!

Asraf Aided
09/06/2021 10:48 MYT
Sebuah filem dari Disney dan Pixar, Luca ternyata akan memberi keseronokan kepada penonton.

Menampilkan kisah tentang persahabatan, keluar dari zon selesa dan dua raksasa laut, Luca dan Alberto yang menerokai pengalaman yang mengubah kehidupan mereka.

Baru-baru ini, Gempak berkesempatan menyertai sidang media secara virtual yang dikendalikan hos popular Hollywood, Giuliana Rancic.

Dalam sidang media tersebut, bintang utama yang menyumbang suara watak Luca, Jacob Tremblay bercerita sedikit mengenai keistimewaan watak itu.

"Apabila anda menyaksikan Luca pada permulaan filem ini, dia agak kurang keyakinan.

"Tetapi, Luca mahu apa yang dia mahu, salah satunya menerokai dunia manusia, tetapi ibu dan bapanya pula banyak menghalangnya melakukan pelbagai perkara.

"Kemudian, Luca berjumpa dengan kawannya, Alberto yang membantunya keluar dari zon selesa," katanya.

Tambah Jacob, Luca berminat menerokai dunia manusia kerana suka melakukan sesuatu di luar batasan dan merasakan kehidupan manusia agak hebat.

"Luca mempunyai sifat ingin tahu dan dia suka lakukan sesuatu di luar batasan.

"Selain itu, Luca juga merasakan manusia hebat dan 'cool', cuma, ibu bapanya sahaja yang banyak bertegas kerana mahu melindunginya," katanya lagi.

Selain Jacob Tremblay, filem Luca turut menggunakan khidmat suara Jack Dylan Grazer (Alberto), Maya Rudolph, Jim Gaffigan, Emma Berman dan ramai lagi.

Ia akan mula ditayangkan pada 18 Jun 2021 dan anda boleh menyaksikannya di Disney+ Hotstar tidak lama lagi!

#Filem #Disney #Tayangan #Luca #Pixar