gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak, Jawab Tuduhan Follow Unfollow Zizi Kirana - "Memang Anda Semua Baru Tahu Kot..."
BERITA
"Kami Bantu Wanita Hadapi Cabaran Hubungan Suami Isteri" - Pengasas eHati
VIRAL
Netizen Dakwa Nabila Huda Punca Pergaduhan, Ceddy Ang Tampil Bersuara - “Trauma Tak Kira Umur Seperti Kebodohan Seseorang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lucu! Ayda Jebat Kongsi Insiden Anak ‘Buang Hajat’ Dalam Kolam - “Berketul-Ketul Sayang!”

Umirah Halim
Umirah Halim
15/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Lucu! Ayda Jebat Kongsi Insiden Anak ‘Buang Hajat’ Dalam Kolam - “Berketul-Ketul Sayang!”
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencuit hati ramai apabila berkongsi satu video spontan memaparkan anaknya membuang air besar ketika berendam dalam kolam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda dilihat mengejutkan suaminya, Nabil Mahir yang sedang tidur untuk memaklumkan insiden tak terduga itu.
@aydajebat
Ketulan taik dalam kolam 😅🤣
♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)
“Sayang, dedek berak dalam kolam. Nak buat camne ni? Berketul-ketul ni,” katanya sambil ketawa.
Reaksi terkejut Nabil yang bingkas bangun dari tidur menambahkan lagi gelak tawa Ayda, sebelum penyanyi lagu Pencuri Hati itu menunjukkan najis anak mereka yang terapung dalam kolam tersebut.
“Guys, anak saya berak dalam kolam ini. Ya Allah… nak apa ni,” ujar Ayda sambil terus ketawa.
Walaupun wajah ‘si pelaku’ tidak dipaparkan, insiden itu nyata mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman serupa.
“Budak-budak memang gitu. Kalau sembelit bagi je berendam, mesti poopoo.
“Nasib baik ketul-ketul. Kalau cair, tak ke berubah warna air tu.
“Auto aku mengekek weh… sebab kisahnya sama dengan anak aku dulu, berak dalam kolam juga, taik ketul-ketul,” komen beberapa netizen.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1.
Topic Berkaitan
#Anak
#Jebat
#Ayda
#Kolam
#buang hajat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement