Hiburan
Lucunya, Ini Reaksi BLACKPINK Selepas Tonton Trailer Misteri Dilaila
Kunjungan kumpulan K-Pop popular BLACKPINK ke Malaysia selama dua hari untuk konsert jelajah mereka ternyata mendapat sambutan hangat.
Namun sebelum BLACKPINK pulang ke Korea selepas tamat konsert kedua, kumpulan ini meluangkan sedikit masa untuk ‘menonton’ trailer filem Misteri Dilaila yang diarahkan oleh Syafiq Yusof.
Menariknya, reaksi comel BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu sememangnya mencuit hati peminat.
Namun jangan salah sangka, mereka bukanlah menonton secara ‘rea’l sebaliknya video yang dikongsi oleh Astro Shaw itu merupakan ‘dubbing’ atau pun ‘troll’ lawak yang merakamkan reaksi kononnya BLACKPINK menonton trailer berkenaan.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat komen-komen positif yang rata-ratanya menyatakan rasa terhibur melihat reaksi mereka.
Tidak kurang juga ada yang meneka anggota BLACKPINK yang mana bakal menangis sekiranya menonton filem seram tersebut.
“Okay… Tengok siapa jerit dulu, rasanya JENNIE sebab kat Running Man haritu dia takut sampai nangis-nangis,” tulis @fr4nsy_
“Rasa nak lempang je dengar suara Jennie ??,” komen @fiqszz
Misteri Dilaila dibarisi pelakon hebat antaranya Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.
Must-Watch Video