Lucunya! Yahoo Tertukar Anna Kournikova Dengan Anna Kendrick

Amri Hassan
Januari 18, 2018 04:01 MYT
Jika semalam Enrique Iglesias dan pasangannya, Anna Kournikova mendedahkan wajah bayi kembar mereka, tidak semena-mena pula nama Anna Kendrick menjadi viral.
Hal itu disebabkan kesalahan penggunaan gambar Anna Kendrick untuk artikel berkaitan Anna Kournikova oleh enjin carian terkenal Yahoo.
Situasi melucukan itu mendapat perhatian bintang filem Pitch Perfect yang berseloroh tentang insiden kekeliruan itu.
"Wahai Yahoo, bilakah masanya saya tidur dengan Enrique Iglesias? Terima kasihlah.
"Saya sedar kekelirian ini mungkin disebabkan dua nama bermula sama, Anna K.
"Tetapi jelas sekali dia tinggi dan blonde manakala saya? Oh! Mungkin mereka fikir sayalah bayi itu," tulisnya di Twitter semalam.

Dear Yahoo: how do I get to this timeline where I've slept with Enrique Iqlesias please and thank you. pic.twitter.com/4mmA2i7dse

— Anna Kendrick (@AnnaKendrick47) January 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Entri Anna mendapat perhatian peminatnya yang merasakan insiden kekeliruan nama dan fotonya dengan pemain tenis Rusia itu sangat melucukan.
Enrique dan Anna semalam telah mendedahkan foto dua bayi kembar mereka Lucy dan Nicholas yang telah dilahirkan pada 16 Disember lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @annakendrick47
#Anna Kournikova #Anna Kendrick #Yahoo