Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lufya Dedah Anak Pernah Trauma, Sering Pukul Muka Sendiri - “Saya Bawa Pergi Terapi ...”

Izwan Isa
15/11/2022 21:50 MYT
Pelakon Lufya Omar mendedahkan yang anaknya, Laana Haura pernah mengalami trauma ketika kecil, selain kerap memukul muka sendiri dan mengalami speech delay, iaitu keadaan lambat bertutur.

Begitupun, Lufya mengakui bersyukur kerana dia sering dibantu oleh enam individu hebat, termasuk ibu dan empat adik perempuannya.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)


“Haura sudah ada enam emak. Saya, mama dan empat adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi. Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama.

“Kakak tak pernah cakap ni. Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain. Alhamdulillah she’s a happy kid and blessed with love.

“Kami usaha dari dia ada trauma masa kecil (selalu pukul muka), speech delay dan hyperactive… dan sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong.

“Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawa pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Saya tak pernah share ini kepada umum. Tapi apa saya nak share ni sebenarnya walaupun kita ini ibu tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lufya menegaskan yang ringankanlah tangan untuk membantu keluarga dan sahabat yang mengalami masalah seperti dirinya.

“Jangan dipersalahkan dan menekan mereka. Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan ‘bangkit’ lebih baik dari yang dulu. Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yg mengalami perceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga.

“Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting. Jika tidak dibantu, itulah yang berlaku sampai ibu buang anak, kes bunuh anak dan kejadian yang mengerikan berlaku. Kita tak nak tengok masyarakat kita jadi begini kan?

“Berikanlah sokongan kepada ibu-ibu ini untuk bangkit meneruskan kehidupan. Mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan. Wallahuaklam,” tutupnya.

Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Lufya Omar #Trauma #Lanaa Haura
;