Hiburan
Lufya Omar Ajar Anak Erti Kesusahan, "Saya Bawa Haura Ke Pusat Tahfiz, Rumah Anak Yatim Atau Rumah Orang Tua ..."
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar menyifatkan anak perempuannya, Laana Haura seorang yang peramah dengan orang di sekelilingnya.
Kata Lufya, disebabkan itu Haura boleh terfikir untuk memberi sedekah kepada dua orang warga asing walaupun tidak disuruh oleh ibunya.
"Alhamdulillah Haura ada sifat memberi dan peramah. Saya sudah biasakan anak untuk memberi sedekah walaupun sedikit pada orang yang memerlukan tak kira warna kulit," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, Lufya berkongsi tindakan Haura bersedekah wang ringgit kepada dua orang lelaki Rusia yang memohon bantuan untuk pulang ke negara asal di Instagram (IG) miliknya.
Namun begitu, perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang oleh segelintir manusia.
Tambah pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar menyatakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu dia sering membawa Haura melawat pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim.
Aktiviti ziarah-menziarahi itu menjadi rutin mereka anak beranak pada setiap hari Jumaat.
"Sebelum PKP memang saya bawa Haura ke pusat tahfiz, rumah anak yatim atau rumah orang tua untuk menziarahi mereka pada setiap hari Jumaat.
"Biar Haura melihat sendiri keadaan orang yang lebih susah atau memerlukan. Mungkin dia masih terlalu kecil untuk faham tapi saya tau Haura anak yang bijak dan mudah mengerti," katanya lagi.
Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video