Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lufya Omar Sedar ‘Viewers’ & ‘Followers’ Berkurang Selepas Kongsi Tentang Palestin

Asyikin Mayudin
17/05/2024 11:55 MYT
Pelakon Lufya Omar menyedari jumlah penonton dan pengikutnya di laman sosial semakin berkurangan setiap kali dia memuat naik perkongsian mengenai Palestin.

Penonton & Pengikut Berkurang

Bagaimanapun perkara itu tidak mematahkan semangatny untuk terus menyebarkan kesederan kepada orang ramai mengenai pergolakan yang sedang berlaku di bumi Gaza.

“Komen Palestin. Bila letak saja bendera atau perihal Palestin macam biasa viewers, followers akan drop even tiba-tiba hilang.


"Mohon support dengan komen emoticon ini (tembikai),” katanya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Pada hantaran sama, Lufya turut menyebut mengenai sikap segelintir masyarakat yang masih berasa takut menyuarakan sokongan kepada Palestin.

“Anyway mungkin ada yang belum diberikan rezeki ilmu, mungkin ada yang masih takut soal rezekinya, mungkin ada yang ada beribu alasan untuk tidak menyuarakan, menyokong dan membela tanah Islam sedunia laitu Masjid Al-Aqsa.

“Sampaikan kepada mereka bukan kerana membenci tetapi kerana sayang,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Malu Dengan Western People All Out Boikot” - Lufya Omar Bersuara Isu Blockout 2024, Tak Kisah Hilang Kawan

#Lufya Omar #Palestin #Gaza #Rafar #Lufya Palestin