Hiburan

Lufya Takut-Takut Bercuti Di Langkawi, Bawa Anak Masuk Private Island – “Orang Kita Tak Jaga SOP, Anak Kita Dipegang-Pegang”

gempak
Amri Hassan
08/01/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
Lufya Takut-Takut Bercuti Di Langkawi, Bawa Anak Masuk Private Island – “Orang Kita Tak Jaga SOP, Anak Kita Dipegang-Pegang”
Penyanyi Lufya Omar mengakui bimbang akan keadaan semasa pengunjung di pulau peranginan Langkawi yang menjadi lokasi sama pilihannya untuk bercuti bersama keluarga ketika ini.
Lebih merisaukan Lufya apabila anaknya, Laana Haura kerap disentuh oleh peminat yang terserempak dengannya di Langkawi.
"Nak bercakap sikit pasal ramai orang dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ni.
"Tak dinafikan memang menggelabah sikit la bila dengar berita ini. Ramai dah pergi swab test lepas balik Langkawi. Rasanya kena buat jugak ni. Tolong suggest mana klinik yang berpatutan untuk kami buat swab test ini ya?
"Dah setahun kita terperuk kat rumah dengn pelbagai cabaran dalam hidup setahun sekali ni nak jugak la bawak anak jalan holiday happy-happy dan lapangkan fikiran. Masalah utamanya orang kita ni SOP tak jaga. Anak kita pun dipegangnya," katanya.
Jelas Lufya dia terpaksa menukar perancangannya untuk bercuti di pulau persendirian di Langkawi bagi mengelakkan bercampur dengan pengunjung yang terlalu ramai di beberapa spot popular di sana.
"Teringin juga nak pergi Pantai Cenang tapi bila tengok video ramai orang yang upload ketika itu, ramainya pengunjung datang ke Pantai Cenang dengan tak pakai mask dan bersentuhan, kami batalkan hasrat nak ke sana dan mengambil keputusan untuk ke private island (so tak ramai orang kat sana) pantai pun tak ramai orang.
"Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup. Permasalahannya di sini kes mendadak naik ni sebab orang ramai dah lega and take things for granted sebab vaksin bakal ada.
"Kalau ada pun frontliner yang akan dapat vaksin ni dulu. Kita belum tau keberkesanannya lagi," ujarnya.
Lufya pada masa sama menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi dan menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Jadi korang sayangilah nyawa masing-masing apalagi yang ada berhubung dengan anak kecil dan orang tua. Jaga jarak dan pakai mask.
"Ambil supplement vitamin C without failed to boost ur immune system. Kita jaga kita bukan kita pentingkan diri kita ya darls. Satu lagi Nabi pesan : “Pada habbatussauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati"
"So korang carilah pure habatussauda dan amalkan. Sis tak jual tapi sis berpesan-pesan. Sunnah pun dapat. Jaga diri ya," tambah Lufya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024