Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Lufya Tunjuk Bukti Dah Selesai Ambil Vaksin Dos Pertama, Netizen Fokus Tarikh Daftar - "Cepatnya.. Kami Daftar Dari Bulan Mac Masih Berkobar Menunggu"

Zulaikha Yusof 22/06/2021 | 07:00 MYT
Pelakon Lufya Omar, 36, meluahkan rasa terkilan apabila masih menerima tuduhan yang melabelkan dia sebagai anti vaksin di ruangan mesej Instagram (IG)nya.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar menegaskan dia bukan seperti yang didakwa kerana dia faham dengan kebaikan vaksin.
"Penat la. Letih dengan fitnah dan soalan yang bukan-bukan. Ada lagi yang DM nak menuduh Fya (panggilan untuk diri) macam-macam.
"Fya nak beritahu yang Fya bukan anti vaksin. Penat la nak layan perkara-perkara yang macam ini.
"Kita faham ada itu 'herd immunity' dan faham kepentingan vaksin terhadap masyarakat juga. Yang penting pilih vaksin yang terbaik dan halal," tulisnya sebagai kapsyen.
Menerusi hantaran itu, Lufya turut memuat naik tangkapan skrin MySejahtera yang menunjukkan dia sudah selesai mendapatkan dos pertama vaksin dan dijadualkan menerima suntikan kedua pada 8 Julai depan.
Dalam pada itu, pelakon drama Ramadan Jangan Pergi berharap agar selepas ini tidak timbul lagi isu anti vaksin kerana ia langsung tidak memberi faedah.
"Lepas ni sudah-sudahla nak bangkitkan tentang isu vaksin ni. Bazir tenaga la dari membantu masyarakat yang sedang struggle dalam keadaan sekarang ni.
"Buatlah sesuatu yang bermanfaat sesama manusia," tulisnya lagi.
Bagaimanapun, ada pula dalam kalangan netizen yang mempertikaikan apabila Lufya mendapat vaksin dalam tempoh yang cepat seakan mendapat layanan kelas atasan.
"@farizan8173: Cepat tu dah selesai, kami daftar dari bulan Mac masih berkobar menunggu dengan penuh kesabaran.
"@norhasliza_ibrahim_basheer: Cepatnya dapat. 1 Jun daftar 17 dah dapat vaksin. Rezeki kan, kami daftar awal pendaftaran dibuka masih belum dapat.
"@lynda_aieyenn: Okey la daftar Jun terus dapat Jun tu juga.. Orang ni tunggu sejak Februari lalu, habuk pun tak ada.
"@hayuros2735: Kenapa artis dapat awal vaksin?
"@imanina_mexna: Serius 1 Jun daftar dah selesai 1 dos. Saya daftar bulan Mac tak dapat lagi. Mak saya yang tua lagi la tak dapat lagi.
#Lufya #Vaksin #COVID-19 #Bukan Anti Vaksin
;