Bapa pelakon dan pengacara, Karl Shafek, Ibrahim Musa, selamat menjalani pembedahan selepas jari telunjuk kirinya terpaksa dipotong akibat tertetak dengan parang.

Karl menerusi akaun Instagramnya memanjatkan rasa syukur kerana bapanya sihat sepanjang proses itu dijalankan.

“Alhamdulillah, abah saya dah keluar petang tadi. Lepas ni dia kena pergi bersihkan luka kat Hospital Pekan je tiap-tiap hari sampai kering.

“Terima kasih doktor-doktor dan nurses Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang membantu dan merawat Abah.

“Semua staff hospital pun sporting dan baik-baik. Thanks juga kepada semua yang melawat dan mendoakan.

“Semoga Allah SWT kurniakan juga kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk anda semua. Aminn. #MyRambo,” tulisnya.

Alhamdulillah, Abah saya dah keluar petang tadi. Lepas ni dia kena pergi bersihkan luka kat Hospital Pekan je tiap-tiap hari sampai kering. Terima kasih doktor-doktor & nurses Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang membantu dan merawat Abah. Semua staff hospital pun sporting dan baik-baik. Thanks juga kepada semua yang melawat dan mendoakan. Semoga Allah SWT kurniakan juga kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk anda semua. Aminn. #MyRambo

A post shared by Karl Shafek Ibrahim (@karlshafek) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan Insta Story, Karl berkongsi imej jari bapanya yang hampir terputus.

“Yes, luka yang dah nak putus jari ni la yang dia cuma balut dengan tisu dan ikat dengan getah je. Dengan harapan boleh sambung balik. Abah dulu askar, so jiwa dia memang kental. Selagi belum putus, apa ada hal,” tulisnya.


Sementera itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan bapa Karl.

Terdahulu, Karl memaklumkan kejadian itu berlaku disebabkan bapanya tertetak jari telunjuk kirinya secara tidak sengaja ketika mengupas kelapa dengan menggunakan parang baru-baru ini.

BACA: “Senyap Tak Bagi Tahu, Balut Tisu Ikat Getah Padahal Nak Putus Dah” – Bapa Karl Shafek Tertetak Jari Sendiri

Foto: Instagram @karlshafek