Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Lukakan Hati Paris Jackson, Zac Efron Mohon Maaf

Syafiqah Jalal 30/03/2017 | 08:21 MYT
Anak kepada mendiang Michael Jackson, Paris Jackson meluahkan rasa kecewa terhadap aktor Zac Efron.

Paris mendedahkan perkara itu menerusi satu temubual dalam rancangan The Tonight Show yang bersiaran baru-baru ini.

Dia menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana pelakon kegemarannya itu tidak dapat hadir ke konsert High School Musical tahun lalu atas sebab pertindihan jadual.

Bagaimanapun, selepas kenyataan dibuat, Zac Efron kemudiannya memohon maaf atas perkara tersebut.

Sebagai tanda memohon maaf, Paris telah diundang ke tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Baywatch.

Zac Efron juga turut berjanji akan menghadirkan diri dalam setiap persembahan yang bakal dilakukan selepas ini.
Sumber : Huffingtonpost
Olahan : Izzat Ridzwan
#Hollywood #Hollywood #Zac Efron
;