"Lukisan Saya Memang Buruk, Tapi Masa Depan Kaabah I tak Henti-Henti Doa..." - Nubhan Doa Impian Isteri Tercinta Tercapai

Badrul Hashim
Mac 13, 2019 17:19 MYT
Ringkas sahaja sambutan ulang tahun buat isterinya Afifah Tawfek. Namun di sebalik sambutan ringkas itu tersimpan satu hajat dan doa yang cukup besar buat isterinya.
Bintang kelahiran Akademi Fantasia, Nubhan Ahamad yang baru pulang menunaikan umrah bersama keluarga tidak lupa tentang isteri dan keluarganya.
"Happy birthday Fie. Nanti kita pergi celebrate eh. I tak sihat ni memang nampak katil je. I love you bebeh.
"Swipe ke kiri untuk tengok hadiah you. Masa di depan Kaabah I tak henti-henti doakan agar dipermudahkan segala urusan klinik Dr. Fie," tulis Nubhan pada satu entri bergambar dia bersama isteri memotong kek.
"Lukisan saya buruk... Jangan gelak haa. Dan kepada semua yang melihat posting ni saya harap korang doakan agar urusan ini dipermudahkan," tulis Nubhan lagi.
Semoga perancangan mereka berdua untuk mempunyai klinik pergigian sendiri akan tercapai, Insya-Allah.
Kredit Gambar: Instagram
#Penyanyi #Nubhan #Penyanyi #Nubhan