gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Luluh Hati... Isyariana, Amar Baharin & Produksi Hati Yang Dikhianati Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Amri Hassan
Amri Hassan
30/12/2021
07:46 MYT
Sponsor Banner
Luluh Hati... Isyariana, Amar Baharin & Produksi Hati Yang Dikhianati Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
Bintang utama drama popular Hati Yang Dikhianati, Isyariana dan Amar Baharin antara yang turut sama turun padang menggembleng tenaga membantu mangsa-mangsa bencana banjir baru-baru ini.
Tujuh jam berganding bahu membantu penduduk di sekitar Bukit Changgang, kata Isyariana, dirinya sukar menahan sedih melihat keadaan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
"Teramat sedih melihat keadaan mereka dan rasa happy dapat tolong orang ringankan sikit beban yang ditaggung oleh mereka.
"Kali ini kita bantu clearkan pinggan mangkuk yang berlumpur dan berselut sebanyak yang boleh selain bantuan makan dan pakai, sumbangan tenaga untuk proses mencuci benda-benda yang kecil juga amat diperlukan.
"Kerja dibahagi kepada 2 team lelaki membasuh dan menembak rumah dengan waterjet dan team wanita membantu mencuci pinggan mangkuk sebanyak yang boleh bagi meringankan beban mereka," kongsi Isyariana kepada Gempak.
View this post on Instagram
A post shared by ISYARIANA (@isyariana)
Sementara itu, Amar pula bersyukur diberikan kesempatan untuk bersama-sama turun padang kali ini untuk membantu keluarga yang memerlukan.
"Luluh hati melihat nasib yang melanda tuan rumah dan keluarga. Mereka sangat memerlukan tenaga kerja untuk kerja-kerja membersihkan rumah dan barang-barang keperluan yang masih elok dan boleh dipakai.
"Di Bukit Changgang kebanyakan rumah dinaiki air sehingga paras dada, hampir 80% barang-barang di dalam rumah tidak boleh digunakan.
"Kami family Hati Yang Dikhianati gunakan waktu cuti kami untuk bersama-sama membantu mereka yang perlukan bantuan. Alhamdulillah. Dengan izin Allah kami akan buat misi seterusnya next cuti nanti," ujarnya.
Turut serta dalam misi bantuan banjir adalah Zamarul Hisham, Shah Iskandar, Mya Nasir, Amyra Rosli dan Iqram Dinzly.
Hati Yang Dikhianati yang diadaptasi dari drama popular Mis Tres Hermanas bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.
Topic Berkaitan
#Amar Baharin
#Zamarul Hisham
#Banjir
#Shah Iskandar
#Mia Nasir
#Bantuan
#Misi
#Mangsa
#Hati Yang Dikhianati
#Isyariana
#Bukit Changgang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement