Meruntun jiwa! Itulah yang boleh diungkapkan apabila menonton sepotong rakaman video yang dikongsi oleh pencetus Ummah (PU) Syed Bakri.

Video berdurasi sekitar 1 minit 23 saat itu dimuat naik PU Syed menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Difahamkan, menerusi video tersebut, para petugas daripada Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan itu sedang bersiap bersedia untuk berangkat ke Sabah bagi membantu menangani kes COVID-19.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh apabila kerberangkatan frontliner ini tutut diiringi dengan laungan azan.

“Semoga dipermudahkan urusan mereka.. siru 'ala barakatillah.

“Laungan Azan mengiringi para petugas dari Hospital Raja Perempuan Zainab untuk digerakkan ke Sabah.

“Kira dah macam berjuang di medan perang, semoga dipermudahkan.

“Sama-sama kita doakan keselamatan frontliners ni,” kata PU Syed.

Video tersebut kemudian mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengikut Instagram PU Syed.

Rata-ratanya mendoakan supaya perjuangan frontliner ini diberkati.

Laungan Azan mengiringi para petugas dari Hospital Raja Perempuan Zainab ,Kota Bharu untuk digerakkan ke Sabah - kira dah macam berjuang di medan perang - semoga dipermudahkan. Sama2 kita doakan keselamatan frontliners ni.

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Untuk rekod, seramai 33 pegawai kesihatan dari pelbagai daerah dan hospital di Kelantan menyertai Misi Bantuan koronavirus (Covid-19) di Sabah.

Menerusi laporan Sinar Harian, mereka terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.