BERITA
Luluh Hati! Sembilan Anak Doktor Korban Baharu Di Gaza
Perasaan marah dan kemusnahan semakin memuncak selepas serangan Israel turut membunuh sembilan anak doktor, Alaa al-Najjar semasa dia bekerja di sebuah hospital di Khan Younis.
Menurut laporan Al Jazeera, Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya 79 mayat dan 211 rakyat Palestin cedera telah dibawa ke hospital di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Lebih 70,000 kanak-kanak di Gaza menghadapi tahap kekurangan zat makanan yang teruk apabila Israel terus hanya membenarkan sejumlah kecil bantuan untuk memasuki wilayah yang musnah itu.
Saksi pengeboman Israel ke atas rumah keluarga di Kem Pelarian Jabalia Gaza yang menyebabkan kira-kira 50 orang terbunuh atau hilang juga berkata, 'tentera Israel membunuh orang awam untuk berseronok'.
Pada Sabtu, Al Jazeera turut melaporkan penduduk Palestin di Gaza kini berdepan krisis kebuluran yang semakin meruncing apabila bantuan kemanusiaan yang terhad gagal memenuhi keperluan asas harian.
Bantuan yang dibenarkan masuk ke wilayah itu masih terlalu sedikit dan hanya mampu membantu sebahagian kecil daripada keseluruhan penduduk.
Menurutnya, ramai penduduk kini berkumpul di hadapan kedai roti dengan harapan dapat memperoleh sedikit roti untuk keluarga mereka.
Namun, kapasiti pengeluaran roti yang terhad tidak mampu menampung keseluruhan penduduk dan mencegah kebuluran yang semakin merebak.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video