Hiburan

“Luluh Jantung… Ada Pendarahan Pada Paru-Paru Anak Abah Mama” – Abby Abadi, Suami Mohon Doakan Anak

gempak
Mya Amri
02/10/2019
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Luluh Jantung… Ada Pendarahan Pada Paru-Paru Anak Abah Mama” – Abby Abadi, Suami Mohon Doakan Anak
Pelakon Abby Abadi dan suami Muhammad Faizal Zakaria memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak lelakinya yang kini berada di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal memaklumkan anaknya mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.
“Hari ke 5… Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 datang jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU untuk berbual-bual dengan baby. Abah dan mama tak mahu baby sunyi. Abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan mama dan sentuhan abah juga kan sayang.
“Baby D… Suka sebenarnya untuk abah kongsikan perkembangan baby pada kawan-kawan abah dan mama. Tapi abah serba salah... Abah tak pasti nak kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua-duanya.
“Dari hari ke hari, rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan baby ya sayang.
“Zohor tadi doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa...Rupanya... Ada cerita yang mengharukan dari doktor. Gementar bila doktor beritahu ada pendarahan pada paru-paru anak abah mama.
“Bahaya ke, abah tanya doktor. Doktor kata ya... Luluh jantung abah mendengarnya. Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati abah menangis sebab tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya,” coretnya.
Dalam pada itu, Faizal juga mengakui bahawa doktor sudah memberitahu risiko yang bakal dilalui oleh mereka suami isteri.
“Dari awal doktor dah tak beri harapan pada mama abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby abah akan terus kuat dan bertahan kan sayang.
“Maghrib ni pun ada berita sampai kat mama, beritahu yang baby kritikal, tapi mama abah macam tak nak terima berita tu sebab mama abah yakin ALLAH tetap mendengar doa abah dan mama termasuk doa mereka-mereka yang mendoakan baby di luar sana.
“Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir,” tulisnya.
Hari ke 5 ..... Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 dtg jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU utk berbual2 dgn baby. Abah & mama tak mahu baby sunyi...abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama & sentuhan Abah juga kan sayang . Baby D Suka sebenarnya utk Abah kongsikan perkembangan baby pd kawan2 Abah & Mama. Tp Abah serba salah..... Abah tak pasti nk kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua2nya. Dari hari ke hari , rasa mcm tak kuat utk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D ?Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dpt mendoakan kesihatan Baby ye sayang . Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa...rupanya... ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama ? . Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya . Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang . Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana . Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar ? #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
Terdahulu, Abby terpaksa melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan dan pramatang demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya selepas Abby mengalami tanda-tanda bersalin pada awal pagi.
Sebelum ini pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live