“Lumpur Tebal Gila Sampai Lutut…” Khairulaming & Azfarheri Bergabung Cuci Rumah Mangsa Banjir Di Bentong
Maliah Surip
22/12/2021 09:45 MYT
22/12/2021 09:45 MYT
Pada saat ramai sukarelawan membantu meringankan beban mangsa banjir di sekitar ibu kota, dua orang influencer terkenal negara, Khairulaming dan Azfarheri juga tidak mahu ketinggalan menghulurkan bantuan.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram Azfarheri, influencer yang memiliki 1.2 juta pengikut itu berkongsi kegiatannya membantu membersihkan kediaman mangsa banjir yang disaluti lumpur tebal pasca air surut.
Diketahui semalam Azfarheri dan Khairulaming berada di Bentong, Pahang, salah satu kawasan yang terjejas teruk dengan banjir lumpur.
“Hari ini kita orang start cuci dua rumah dekat Bentong. Sini situasi teruk dan masih tidak ada elektrik. Ada rumah yang total loss,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Bersama kapsyen yang ditulis, Azfarheri berkongsi beberapa siri foto keadaan kediaman yang rosak dan barangan yang musnah akibat bencana alam yang tidak diduga itu.
Azfarheri kemudian dilihat menulis: “Lumpur tebal gila sampai lutut sebab air naik sampai bumbung, nak kemas tu memang makan masa.
“Jadi kita orang decided akan datang lagi dan bawa team untuk bantu dan cuci sekali. Love kerjasama gitu.”
Untuk rekod, selain Bentong, daerah lain di Pahang yang dilanda banjir adalah Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Instagram: @azfarheri
Instagram: @azfarheri