Laman Utama
“Lumrah La Bila Orang Nak Tahu…” - Sufian Suhaimi Akui Sudah Ada Kekasih, Tapi Tiada Perancangan Kahwin
Belum ada perancangan akhiri zaman bujang, penyanyi Sufian Suhaimi bagaimana mengakui dia kini sedang rapat dengan seorang wanita yang bukan dalam kalangan selebriti.
Gembira dengan kehidupannya kini, Sufian berkata dia juga sama seperti orang lain yang mahu perhubungan mempunyai ikatan yang sah namun masanya belum tiba.
“Ya, saya ada seseorang yang tengah rapat… perancangan saya sama macam orang lain. Sudah tentu bila kita ada pasangan itu, kita tak nak la pasangan membuang masa.
“Sudah tentu kita ada niat untuk sampai ke jinjang pelamin tapi tak ada la menyusun atau memgira waktu hari tersebut… tak. Cuma, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
“Sekarang ini, saya gembira dengan kehidupan saya… tapi kalau ditakdirkan jodoh saya sampai cepat, tahun ini ke, saya juga happy,” katanya kepada Gempak.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih dan pelancaran produk Kasih Pillow di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya pada Selasa.
Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Di Matamu ini menganggap ia perkara biasa apabila peminat atau orang luar ingin mengetahui kehidupan peribadinya berbanding kerjaya.
“Saya rasa itu lumpah la bila orang nak tahu perkembangan bukan sahaja mengenai kerjaya tetapi peribadi juga.
“Maksudnya saya bersyukurlah ada orang masih nak tahu lagi fasal saya. Terima kasih sangat sebab ambil berat,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video