Nusantara
Luna Maya ‘Down’ Digelar Perempuan Tua Tak Laku
Aktres cantik Luna Maya sudah mencecah usia 41 tahun. Meski diakui cantik dan popular, Luna masih belum berkahwin.
Komen mengganggu fikiran
Ternyata status sebagai wanita solo pada usia melewati 40 tahun membuat dirinya berdepan dengan banyak komen-komen negatif yang ditinggal di kolum laman sosialnya.Menurut kekasih Maxime Bouttier itu, antara komen yang membuat dirinya sakit hati adalah disifatkan sebagai perempuan tua dan tidak laku.
Lebih membuat hatinya terluka, kebanyakan komen yang menyifatkan dirinya sebagai perempuan tua dan tidak laku kerana belum berkahwin datang daripada kaum wanita.“Kadang-kadang kebelakangan ini saya sering terima perkataan-perkataan yang buat fikiran saya terganggu dan menjadi down.“Komen itu antaranya ‘gila dia belum kahwin. Tidak laku-laku. Sudah tua,” dedah Luna seperti dilaporkan Viva.co.id.
“Sebenarnya semakin tua saya merasa secured dengan hidup jadi meski terluka (komen) saya tidak marah,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Meluat Luna Maya Atur Hidupnya, Maxime Bouttier ‘Ghosting’ Aktres Ini Sampai Menangis
ARTIKEL BERKAITAN:Luna Maya Buang Fotonya Di IG, Maxime Bouttier Jawab Spekulasi Putus Cinta
Must-Watch Video