Luna Maya Pakai Rantai Bentuk Pedang, Bukan Lambang Salib

Fiza Kamarudin
Januari 17, 2020 10:40 MYT
Selebriti popular Indonesia Luna Maya, pada ruangan IG Story di laman sosial Instagram (IG)nya mengejutkat ramai pihak apabila memakai rantai yang dihiasai loket berbentuk salib.
Luna telah memuat naik videonya menyarung rantai berjenama Soyoom dan mengucapkan terima kasih kerana telah menghadiahkannya barang perhiasan tersebut.
Bagaimanapun pada video kedua, Luna telah meninggalkan pesanan dan menjelaskan rantai tersebut adalah berbentuk pedang.
“PS: Kalung Pedang”, tulisnya.
Sementara itu menerusi posting terbarunya, masih ada pengikut yang berdebat tentang perkara tersebut, tidak kurang juga yang memberikan komen positif.
Komen positif tersebut disambut baik oleh Luna Maya dengan meninggalkan emoticon ‘terima kasih’ di ruangan komen.
#Luna Maya #Rantai Salib