HIBURAN
Luna Maya Tak Kisah Kentut Depan Maxime Waktu Awal Bercinta – “Lambat Laun Dia Tahu Juga…”
Pelakon dan model popular Indonesia, Luna Maya mendedahkan dirinya pernah ‘terlepas angin’ di hadapan suaminya, Maxime Bouttier, ketika mereka masih dalam fasa awal bercinta.
Perkara itu didedahkan Luna secara terbuka ketika menjadi tetamu di saluran YouTube Marella Mulwanto and Yumi Kwandy.
“Ya, saya kentut pertama ketika bersama Maxime selepas beberapa bulan berpacaran. Sebenarnya saya memang banyak gas dalam badan. Sampai akhirnya, sudahlah, kentut sahaja.
“Jadi saya sudah tak peduli. Cepat atau lambat nanti dia tahu juga,” katanya sambil disambut gelak ketawa pengacara.
Dalam video sama, Maxime turut berkongsi reaksinya ketika kali pertama mengalami detik tersebut bersama Luna.
“Saya rasa perkara itu berlaku pada bulan pertama kami bercinta. Saya seperti, ‘Adakah seorang Luna Maya baru sahaja kentut di sebelah saya?’
“Saya pun tak tahu dia mempunyai banyak gas di dalam tubuhnya. Entah kenapa,” katanya sambil tertawa.
Sekadar info, pasangan selebriti ini mula menjalinkan hubungan pada tahun 2022 dan akhirnya mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di COMO Shambhala Estate, Ubud, Bali pada 7 Mei lalu.