gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Jaga-Jaga Jerebu Kembali, IPU Tak Sihat Dicatat
HIBURAN
Berjauhan Dengan Anak, Ada Sebab Kak KM Suruh Nabila Potong Rambut - “Tukar Angin, Buang Benda Yang Tak Elok”
HIBURAN
Penyampai ERA Teruja Meriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan Di Pulau Pinang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram

Maliah Surip
Maliah Surip
24/06/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram
Pelakon Luna Maya mengaku teruja kerana buat pertama kali‘bermain’ di filem seram, dia melalui pengalaman pertama berdepan gangguan mistik.
Kata Luna, kejadian tersebut terjadi sewaktu dia dan beberapa pelakon lain melakukan babak di dalam sebuah hutan sebagai sebahagian daripada filem terkininya, Suzzanna Malam Jumat Kliwon.
Luna yang sebelumnya memang sudah menjadi ‘Suzzanna’, karakter legenda filem seram Indonesia itu juga mendakwa hampir semua kru yang berada di lokasi mendengar suara ketawa misteri tersebut.
“Sebenarnya ini pengalaman pertama saya berdepan perkara mistik sepanjang penggambaran filem seram. Jadi teruja sebab ada bahan untuk dipromosikan,” katanya sambil ketawa seperti dilaporkan Viva.co.id.
Dia kemudian melanjutkan cerita: “Waktu itu kami lakukan penggambaran di hutan dan saya sedang tunggu giliran untuk masuk selepas satu adegan.
“Tiba-tiba ada suara ketawa jadi kami terkejut ‘ini siapa yang ketawa’ kerana saya belum masuk ke adegan selanjutnya.
“Dan suaranya sangat mirip dengan Suzzanna. Itu pontianak yang sebenar mungkin. Saya jadi teruja kerana suara saya ketawa dalam filem tersebut disambut hantu sebenar.”
Suzzanna Malam Jumat Kliwon merupakan remake dari filem Malam Jumat Kliwon (1986) karya sutradara Siworo Gautama Putra.
Luna Maya yang memegang watak utama iaitu Suzzanna sebelum ini telah dua kali memainkan karakter sama menerusi filem Suzzanna: Bernapas dalam Kubur (2018) dan Suzzanna: Santet Ilmu Pelebur Nyawa (2020).
Topic Berkaitan
#Filem
#Indonesia
#Luna Maya
#Seram
#Pontianak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement