Personaliti sosial media, Sharifah Rose mendedahkan teman lelakinya, Aazief Khalid melanggan tuala wanita organik untuknya setiap bulan.

Menerusi laman sosial Twitter, Rose memuat naik sekeping foto tuala wanita yang diterima daripada kekasihnya yang juga merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Lupa nak beli pad hari tu dan Aazief langgan pad organik secara bulanan untuk dihantar ke rumah saya setiap bulan,” tulis menerusi satu kicauan.

Di laman Twitter, rata-rata wargamaya memuji tindakan Aazief yang mengambil berat akan keperluan teman wanitanya dan patut dijadikan teladan untuk lelaki lain.“He is so thoughtful!” puji seorang wargamaya.

“I would love guys give me this rather than flowers. This showed how thoughtful the guys are,” komen seorang wargamaya lagi.

“Rose, OMG this is so cute!” ujar seorang wargamaya.

Malah, ada juga wargamaya yang mula menyebut nama teman lelaki masing-masing untuk mereka melakukan tindakan yang sama seperti Aazief.

Entri Rose itu sehingga kini telah menerima 5,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Ogos lalu, pasangan ini mula menjadi buah mulut wargamaya apabila foto bedua-duaan mereka tular di laman sosial.

Rose pula sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.