Semenjak semalam, kecoh di media sosial apabila Balai Seni Lukis Negara bercadang mahu mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi Doraemon bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Alasannya, animasi Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh dunia, sekali gus mampu menarik minat pelancong luar datang ke negara ini.


Walaupun hanya di peringkat cadangan, namun ia telah menimbulkan kemarahan netizen.

Ramai beranggapan Malaysia masih mempunyai banyak animasi tempatan berkualiti yang boleh diketengahkan.

Disebabkan itu,Gempak senaraikan lima animasi yang dirasakan mungkin lebih layak untuk menggantikan tempat Doraemon.

1. Usop Sontorian



Siri animasi ini antara yang paling muhibah. Cukup untuk menampakkan ciri-ciri Malaysia.

Usop Sontorian dihasilkan daripada kisah benar dari Parit Sonto, Ayer Hitam, Johor. Animasi ini diadaptasi oleh penulis Malaysia yang tersohor, Ujang.

2. Keluang Man



Antara animasi pertama di Malaysia yang menampilkan watak adiwira. Keluang Man menceritakan seorang pesakit mental yang menjumpai sut pakaian hero dan akhirnya menjadi wira di Tampoi, Johor.

3. Anak-Anak Sidek



Satu-satunya animasi yang mengangkat sukan badminton dengan mengisahkan keluarga lagenda, Sidek. Juga diadaptasi daripada kisah benar.

4. Kampung Boy



Karya ini antara yang paling legend! Siapa yang tidak kenal dengan animasi Kampung Boy? Ia merupakan hasil nukilan Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.

Kampung Boy banyak mengisahkan mengenai kehidupan kanak-kanak pada zaman dahulu yang tinggal di kampung.

5. Upin Ipin / BoBoiBoy



Gempak merasakan dua karya ini sebagai wakil animasi popular pada masa sekarang. Baik Upin Ipin mahupun BoBoiBoy, masing-masing mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri.

Malah kedua-dua ini berjaya menggambarkan keharmonian hidup di Malaysia dengan menampilkan watak berbilang kaum. Sesuai untuk dijadikan promosi tahun melawat Malaysia!

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Ada animasi lain yang lebih layak?