Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lupakan Hasrat Nak Letak Tilam Di Kereta, Ia Sebenarnya Menyalahi Undang-Undang!

Hanafis Haris
31/05/2019 11:08 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai penggunaan tilam di belakang kenderaan untuk pulang ke kampung halaman.

Walaupun ramai mendakwa ia untuk keselesaan dan sebagainya, namun tindakan itu sebenarnya amat dilarang oleh pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Siti Zaharah Ishak berkata,
penggunaan tilam di bahagian tempat duduk belakang kenderaan menyalahi undang-undang.

Menurutnya, perbuatan itu juga boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

"Penggunaan tilam di tempat duduk belakang kenderaan menjadi trend dalam kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini.

“Perbuatan yang menjadi trend itu merbahaya dan boleh disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, bagi anda yang mempunyai anak dan bercadang untuk meletakkan tilam di belakang, lupakan saja hasrat berkenaan.

Utama keselamatan keluarga!
#Raya #Kereta #Tilam