Selebriti media sosial, Chazy Nash telah menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW untuk isterinya, Fatin Morat.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Nash, kereta itu dihadiahkan sebagai tanda penghargaan buat isteri kesayangannya itu.

"Rewards untuk isteri tercinta sebab tak mengeluh dengan kerenah saya, semoga awak menjadi isteri dan ibu yang baik.

"Lupakan iPhone 11 dan saya nak beli Ysuku jangan bermasam muka lagi k, i love you so much @fatinmorat," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Nash meninggalkan respon positif dan turut gembira melihat perkara tersebut.

Rewards untuk isteri tercinta sebab tak mengeluh dengan kerenah saya. Semoga awak menjadi isteri & ibu yang baik. Lupakan iPhone 11 dan saya nak beli Ysuku jangan bermasam muka lagi k ? I love you so much @fatinmorat ❤️ Doakan kejayaan saya

A post shared by Chazynash (@chazynash) on


Tahun lalu, Nash merupakan salah seorang selebriti media sosial yang menyertai cabaran PASKAL24JAM dimana peserta harus mengikuti latihan sebenar di kem Pasukan Khas Laut (PASKAL) selama 24 jam bersama KD Panglima Hitam.

Antara selebriti lain yang turut menyertai cabaran itu adalah Idris Khan, Sean Lee, Joshua Benedict, Daniel Fong, Alif Muhaimin dan Syafiq Ahmad.